Sabtu, 05 November 2016

CARA MENCARI KETENANGAN HATI


http://ikkmbatam.blogspot.co.id/2016/11/cara-mencari-ketenangan-hati.html


Assalamualaikum Saudaraku

         Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yg bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? 
Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.? Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit,dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tdk tenang juga?

”Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir.

Zikir yg berkesan melibatkan tiga dimensi 

  1. Dimensi lidah (qauli),
  2. Dimensi hati (qalbi) dan 
  3. Dimensi perlakuan (fikli).

Mari kita lihat lebih dkt bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah ertinya Maha Suci Allah.Itu zikir qauli.Namun,pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat,sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yg kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui.Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
Dimensi kata, rasa dan tindakan Jika seorang hamba yg berdosa bertaubat kepadaNya,Allah bukan sahaja mengampunkannya,malah menghapuskan catatan dosa itu,bahkan menyayangi dan memberi “hadiah”kepadanya.

Firman Allah: At Tahrim 8

Artinya :
“Wahai orang-orang yang beriman!

Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yg semurni-murninya,mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”


Firman Allah lagi: al baqarah 222.

Artinya :
“Sungguh, Allah menyukai org yg taubat dan menyukai org yg menyucikan diri” al baqarah 222.


Sifat ini berbeda sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan org lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan.Hendak memberi hadiah kepada org yg bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?
Ah, jauh panggang daripada api!
Begitulah kotornya hati kita yg sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi,apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yg harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya. Tdk cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah org yg bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah.artinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat.

Manakala yg haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dpt dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah–zikir fikli! Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dpt dilakukan
maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

Rasa kehambaan.Rasa bertuhan.
Memahami maksud takdir. Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita,agar kehidupan kita baik dan benar,maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita.Jangan sampai hati kita kotori dgn hal-hal yg dpt merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Utk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu utk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yg dilarang oleh Allah SWT.
Dgn menjaga hal-hal tersebut kita dpt menjaga kebersihan hati kita.Dgn hati yg bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.Rasa kehambaan.

Rasa kehambaan  ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap TuhanNya.Antara rasa itu ialah rasa miskin,jahil,lemah,bersalah,hina dan lain-lain lagi.Bila diuji dengan kesakitan,kemiskinan,cercaan misalnya,seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah.Firman Allah:“Katakanlah (Muhammad),tdk akan menimpa kami melainkan apa yg telah ditetapkan Allah bagi kami.Dialah pelindung kami,dan hanya kpd Allah bertawakal,org-org yg beriman.” At Taubah: 51
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba?
Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji?
Kenapa aku,bukan orang lain?
Ini samalah dgn mempersoalkan Allah yg mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang.
Jika kita “memberontak”hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah
“memberontak” kpd Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yg tdk disukainya.Misalnya,dia tdk lalu mahu makan-minum secara teratur,tdk mandi,tdk menyisir rambut,tdk berpakaian kemas,tdk mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yg menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.Ungkapan mandi tak basah,tidur tak lena,makan tak kenyang adalah satu“demonstrasi”seorang yg sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.Bila ditimpa ujian kita diajar utk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wainna ilaihi rajiun.Firman Allah:“Iaitu orang-orang yg apabila ditimpa musibah,mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepadanyalah kami kembali.”
(Al baqarah 156)Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan.Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan.Kita layak,patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.Rasa bertuhan.Rasa kehambaan yang serba lemah,miskin,kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan.
Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kpd yg Maha kuat.Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kpd yg Maha sempurna.Bila miskin,timbul rasa hendak meminta kpd yg Maha kaya.Rasa pengharapan,pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yg Maha sempurna itulah yg dikatakan rasa bertuhan.Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut,hina,lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani,mulia dan kuat.Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yg merasa lemah di sisi Allah.Ketika itu ujian walau bagaimana berat
sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya.Inilah rasa yg dialami oleh Rasulullah SAW yg menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dgn katanya, “la tahzan innallaha maana–jangan takut,sesungguhnya Allah bersama kita!”Rasa bertuhan inilah yg menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid,
para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yg menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yg mempunyai kuasa.Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka.Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.
Firman Allah:“Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.”Al Baqarah.
Dalam apa jua keadaan,positif mahupun negatif,miskin ataupun kaya,berkuasa ataupun rakyat biasa,tdk dikenali ataupun popular,hati mereka tetap tenang.

Firman Allah surat (Al Fathu 4):

“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati org yg beriman,supaya keimanan mereka makin bertambah daripada
keimanan yang telah ada.Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi,dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” (Al Fathu 4)

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka,dan
itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan,dia bersyukur.Dan itu memberikannya kebaikan (pahala).Jika ditimpa bahaya(kesusahan),dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.Memahami maksud takdir Allah.Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT.Yg mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kpd Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu.

Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati.
Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji)hanya akan tenang bila kita beriman
kepada Allah,yakin kepada kasih sayang, keampunan dan sifat pemurahNya. Dalam apa juga takdir yang ditimpakanNya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yg terbatas,namun pada pandanganNya yang Maha luas,semua yg ditakdirkan ke atas hambaNya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita..membersihkan hati dengan bersangka baik pada Allah swt..

Sumber : Al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.