Rabu, 15 Juni 2022

KELEBIHAN SURAH AL IKHLAS


KELEBIHAN SURAH AL IKHLAS... 

1.  Pahala membacanya
Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”

 .Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda:“Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”

Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”

 2.  Penebus Diri
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.

“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”

 .Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”

 3.  Diampuni Dosanya Oleh Allah SWT
Orang yang membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50 tahun.

Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlassebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”

 .“Sesiapa membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”

4.  Selamat Di Alam Barzakh
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

.Sabda Rasullullah SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.” Semoga Dimudahkan Semua Urusan Kita, Amin.