بِــــــسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــمِ
SELAMAT DATANG DI BLOG IKKM BATAM - TERIMAKASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

PILIH MENU

.

Radio Online Minang Cimbuak                Radio Online Minang Cimbuak

Kamis, 07 April 2022

SUDUT PANDANG



SUDUT PANDANG

KIRA PUN SALAH!

Al-Kisah...
Satu hari, seorang guru sekolah menulis di papan hitam:

9 × 1 = 7
9 × 2 = 18
9 × 3 = 27
9 × 4 = 36
9 × 5 = 45
9 × 6 = 54
9 × 7 = 63
9 × 8 = 72
9 × 9 = 81
9 × 10 = 90

Apabila dia telah selesai, dia memandang kepada pelajarnya, dan mereka semua ketawa pada beliau kerana jawapan yang pertama itu yang merupakan jawapan yang salah.

Kemudian guru itu berkata, 

"Saya menulis jawapan pertama itu salah dengan sengaja kerana saya mahu anda untuk BELAJAR sesuatu yang penting. 

Ini adalah untuk memberitahu anda bahawa bagaimana dunia di luar sana akan melayan anda.

Anda boleh lihat yang saya tulis dengan tepat sekali untuk 9 jawapan-jawapan yang lain, tetapi tiada seorang pun yang mengucapkan tahniah ataupun terima kasih kepada saya untuk itu!

Anda semua ketawa dan mengkritik saya kerana satu perkara salah yang saya lakukan.

Jadikan ini suatu pelajaran.

Dunia adakalanya tidak langsung melihat kebaikan yang kamu buat walaupun sejuta kali, tetapi akan mengkritik kamu jika hanya sekali sahaja kesilapan yang kamu lakukan."

TANDA-TANDA MATINYA ORANG BERIMAN




Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaa-i, Ibnu Maa-jah, Ibnu Hibbaa-n, al-Haa-kim:

مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

Maksudnya: Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahi.
(Menurut Imam Tirmidzi, hadith ini tingkatnya hasan/baik.)

Imam Tirmidzi dalam kitabnya Nawadir al-Ushul menyebutkan, dari Salman Al-Farisi r.a. beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara:

1) bila dahinya berkeringat.

2) air matanya berlinang.

3) hidungnya keluar hingus, maka hal tersebut penanda rahmat Allah untuk si mayat."

Abdullah Ibnu Mas'ud berkata, kadang kala keringat orang yang beriman itu merupakan petanda masih ada sisa dosa yang ada padanya, kemudian dibersihkan pada waktu sampainya sakaratul maut, ertinya ia merasakan luar biasanya peristiwa itu untuk berpisah dengan dunia, sedang ia berkeinginan untuk segera menuju ke hadrat Tuhannya yang Maha Mulia. Imam Qurtubi dalam perkara ini menjelaskan;

"Telah kami kemukakan tentang tiga tanda-tanda tersebut, yang juga boleh terjadi bahawa tanda-tanda itu tampak satu atau dua sahaja. Selalu yang dapat disaksikan hanya satu saja dari tanda-tanda tersebut berupa keringat di dahi orang yang meninggal dunia."

Wallahua'lam.

JANGAN AMBIL ALIH KERJA ALLAH!

JANGAN AMBIL ALIH KERJA ALLAH!




Setiap manusia tidak lari dari melakukan dosa kecuali para Nabi dan Rasul yang maksum. Allah yang bersifat Maha Pengampun suka pada hamba-Nya kembali bertaubat. Sebagai hamba, kita perlu ada sikap sentiasa memberi harapan kepada pendosa bahawa adanya jalan keluar dari segala dosa dan kemaksiatan yang dilakukan.

Ini kisah seorang hamba yang menjadi penghukum dan mengambil alih kerja Tuhan. 
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, dia berkata: “Aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pernah ada dua orang laki-laki dari Bani Israil yang satunya adalah seorang yang rajin beribadah sedangkan yang satu lagi melampaui batas terhadap dirinya (suka berbuat dosa), mereka adalah dua orang yang saling bersaudara, maka orang yang rajin beribadah selalu melihat saudaranya berbuat dosa, hingga dia berkata: “Berhentilah!” Saudaranya yang berbuat dosa berkata: “Tinggalkanlah aku, demi Tuhanku apakah kamu telah diutus kepadaku sebagai pengawasku?”

Rasulullah bersabda: “Hingga pada suatu hari ketika dia melihat saudaranya telah berbuat dosa yang dia rasa adalah suatu hal yang besar maka dia berkata: “Celaka kamu, berhentilah!” Saudaranya berkata: “Tinggalkanlah aku, demi Tuhanku apakah kamu diutus kepadaku sebagai pengawasku?” Maka laki-laki yang rajin beribadah berkata: “Demi Allah, Allah TIDAK AKAN MENGAMPUNIMU” atau “TIDAK MEMASUKKAN KAMU KE DALAM SYURGA SELAMA-LAMANYA.” Dia mengatakan salah satu darinya.

Rasulullah bersabda: “Lalu Allah mengutus malaikat kepada keduanya untuk mencabut nyawa mereka, lalu keduanya (di hari akhirat) berkumpul (di Mahsyar), maka Allah berfirman kepada orang yang berbuat dosa: “Pergi dan masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku”, dan berfirman kepada yang satu (ahli ibadah) lagi: “Apakah kamu lebih tahu tentang urusan-Ku? Apakah kamu membawa rahsia yang ada di tangan-Ku? Pergi dan bawalah dia ke neraka.”

Rasulullah bersabda: “Demi Zat yang jiwa Abul Qasim berada di genggaman-Nya, sungguh dia telah berbicara dengan sebuah kalimah yang menghancurkan dunia dan akhiratnya.”

(Musnad Ahmad, no. 7942, Sunan Abu Daud, no. 4255)

Di sini dapat disimpulkan bahawa ahli ibadah telah menghukum ahli maksiat itu dengan sesuatu perkataan yang mana dia tiada mengetahui akan hakikat itu (perkara ghaib) dan ‘mengambil alih’ kerja Allah hingga Allah murka kepadanya dan memasukkannya ke dalam neraka. Hingga Rasulullah pun bersabda: “Sungguh dia telah berbicara dengan sebuah kalimah yang menghancurkan dunia dan akhiratnya.”

Semoga semua pendakwah sentiasa melihat bahawa setiap ahli maksiat ini masih ada peluang untuk bertaubat dan masuk ke syurga, maka berikanlah harapan kepada mereka dengan sabar, solat dan berdoa. Wallahu a’lam.

QALBUN = JANTUNG ATAU HATI

QALBUN = JANTUNG ATAU HATI




💖 Firman Allah
كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِمُتَكَبِّجَبّ﴿٣٥رغف
كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ ﴿٣٥﴾ غافر

Maksudnya
Demikianlah Allah mengunci mati atas setiap ** orang yang takbur lagi bermaharajalela
Surah Ghafir ayat 35

💖 Sabda Rasulullah s.a.w

أَلا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلا وَهِيَ الْقَلْب - رواه البخاری و مسلم

Maksudnya
Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu maka baiklah jasad itu. Apabila rosak daging itu maka rosaklah jasad itu. Ketahuilah dia adalah **

HR : al Bukhari dan Muslim dari Nu´man bin Basyir

Apabila kita membaca AlQuran, kita sering berjumpa dengan kalimah قلب atau قلوب

Kalimah قَلب bermaksud Satu Jantung adapun maksud bagi kalimah قُلُوب adalah Jantung Jantung

Telah menjadi kebiasaan, kita menterjemahkan kalimah ini sebagai "hati"

BENARKAH  ْقَلْب  ITU HATI 

Pada hakikatnya, kalimah  ْقَلْب  adalah bermaksud JANTUNG Bukannya Hati.

Ini berdasarkan kepada hujjah hujjah di bawah ini

💖 PERTAMA

Dalam bahasa Inggeris, kalimah قُلُوبِ diterjemahkan sebagai HEART dan HEART apabila diterjemahkan semula ke dalam Bahasa Malaysia bermaksud JANTUNG.

Maka kenapa pula kita mesti terjemahkan قلب itu sebagai Hati. Sedangkan HATI dalam bahasa Inggeris adalah LIVER.

💖 KEDUA

Dalam Al-Qur'an menyatakan  قلب terletak di dada

💖 Firman Allah

فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ ﴿٤٦﴾ الحج

Maksudnya
Maka sesungguhnya tidaklah mata itu yang buta tetapi yang buta itu ialah ** di dada.
Surah alHajj ayat 46

Organ badan yang terletak di dada adalah Jantung bukannya hati. Adapun hati ianya berada di bawah dada.

💖 KETIGA

Hati dalam bahasa arab adalah  کبدة  berdasarkan hadith di bawah

💖 Sabda Rasulullah saw

أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ، فَأَمَّا المَيْتَتَانِ فَالْجَرَادُ والْحُوتُ، وَأَمَّا الدَّمَانِ فَالطِّحالُ وَالْكَبِدُ

Maksud Hadith
Dari Ibnu Umar r.a  berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Telah dihalalkan bagi kita dua bangkai dan dua darah, adapun dua bangkai itu adalah belalang dan ikan, dan dua darah adalah limpa dan hati.

HR : Ahmad dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar

Seandainya  کبدة adalah hati maka apakah jawapan yang paling tepat bagi kalimah قلب  kalau Bukan JANTUNG.

PESANAN ALLAH BUAT KITA

💖 Firman Allah

إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْلٌ ﴿١٣﴾ وَمَا هُوَ بِالْهَزْلِ ﴿١٤﴾ الطارق

Maksudnya
Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus. Dan ia bukanlah kata-kata senda gurau.
Surah at Toriq ayat 13 dan 14

Dan ingatlah bahawa kata kata Allah adalah sebenar benar perkataan.

💖 Firman Allah

وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّـهِ قِيلًا ﴿١٢٢﴾ النساء

Maksudnya
Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?
Surah an Nisa´ ayat 122

Sebagai Hamba Allah, siapalah kita untuk menidakkan kata kata Allah ini.

Justeru itu, maka makna yang paling tepat bagi kalimah قلب adalah JANTUNG.

والله أعلم

MAKNA REZEKI



Dulu... saya sangkakan, rezeki itu bila dapat menghasilkan wang, urusan pekerjaan lancar, banyak duit simpanan, banyak harta. 

Setelah mencari-cari apa makna rezeki dalam Islam (sesuai yang tertera dalam Al-Qur'an dan hadis), ternyata saya salah besar. 

Ternyata, 
▪Langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke Majlis Ilmu, itu adalah rezeki

▪Langkah kaki yang dimudahkan untuk solat berjamaah di Masjid, adalah rezeki.

▪Hati yang Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah rezeki.

▪Ada rakan-rakan yang soleh/& solehah dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.

▪Saat keadaan sukar penuh keterbatasan, itu juga rezeki. Mungkin jika keadaan sebaliknya, boleh membuat kita kufur, sombong, bahkan lupa diri.

▪Punya ibu bapa yang selalu sakit adalah rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu syurga.

▪Tubuh yang sihat, adalah rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah penggugur dosa.

▪Dan mungkin ada jutaan bentuk-bentuk rezeki yang kita tidak sedari.

Justeru yang harus kita waspada adalah ketika hidup kita penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yang tidak kita tunaikan.
Muhasabah diri ini...

DOA MOHON AMPUN DAN BEBAS DARIPADA SEGALA MASALAH


DOA MOHON AMPUN DAN BEBAS DARIPADA SEGALA MASALAH

Setiap makhluk yang bernyawa tidak akan lari daripada masalah kerana ia adalah warna-warna kehidupan yang perlu dicorak.

Masalah itu adalah ujian yang perlu dihadapi dengan hati yang terbuka bagi menjadikan kita sebagai muslim yang sentiasa redha dengan ketentuan Tuhan.

Sebagaimana ada sebuah kata-kata yang menyebut – “Sedarlah, tidak ada jaminan bahawa setiap kali selesai hujan akan disambut dengan pelangi. Namun, apa yang pasti adalah keseimbangan alam semesta akan berlaku sebagaimana kehidupan yang diseimbangi dengan tangisan dan tawa.”

Jika kita sentiasa berada dalam zon selesa, pasti keselesaan itu tidak mampu mengajar diri kita tentang bagaimana untuk bertahan apabila diuji dan ditimpa kesusahan.

Disebabkan itu, sedikit demi sedikit tuhan lemparkan masalah kepada manusia untuk belajar mengenai erti kehidupan.

Dan apabila ditimpa ujian, pastinya kita ingin melaluinya dengan hati yang penuh reda dan tenang agar masalah itu dapat diselesaikan dengan lebih baik.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW sentiasa mengajarkan kepada kita untuk memperbanyakkan doa kepada Allah agar setiap masalah kita dapat diselesaikan dengan baik.

Dari Ibnu Umar RA, beliau mendengar Nabi SAW membaca wirid ini ketika pagi dan petang dan beliau tidak pernah meninggalkannya sehingga beliau meninggal dunia:

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Maksud: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon ampunan dan terbebas dari masalah di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ampunan dan terbebas dari masalah dalam urusan agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutuplah auratku dan tenangkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah! Jagalah aku dari arah muka, belakang, kanan, kiri dan dari atasku dan aku berlindung dengan kebesaranMu agar aku tidak dihancurkan dari bawahku (kalah sewaktu aku sedang penat).” (HR Abdullah bin Umar)

Untuk membantu mengurangkan beban di hati dan juga tahap masalah yang ditanggung, amalkan baca doa ini agar segala perkara yang dilalui boleh diselesaikan dengan baik.

Wallahu a’alam.

SEBAB-SEBAB HATI KERAS



Sifat belas kasihan itu merupakan suatu anugerah-NYA & terkadang ianya hadir ketika kita mengalami suasana yang menyentuh hati kita. Ianya perlu diterjemahkan serta ditampilkan.

ALLAH SWT adalah Zat Yang Maha Rahmat yang tidak memerlukan apa jua sebab untuk belas kasihan terhadap makhluk-NYA.

Hati yang keras itu tidak mempunyai rahmat & akan menjadi jahat, kejam & bengis. 

Sebab-sebab hati itu keras :
• Makanan yang tidak halal.
• Bermaksiat kepada-NYA.
• Tidak bertafakur serta bertadabbur kepada ayat-ayat ALLAH SWT.

[Syarah kitab Nasihat Agama & Wasiat Iman karangan Al-Habib Abdullah Alawi Al-Haddad oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid, 15/03/14]