QALBUN = JANTUNG ATAU HATI
💖 Firman Allah
كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِمُتَكَبِّجَبّ﴿٣٥رغف
كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ ﴿٣٥﴾ غافر
Maksudnya
Demikianlah Allah mengunci mati atas setiap ** orang yang takbur lagi bermaharajalela
Surah Ghafir ayat 35
💖 Sabda Rasulullah s.a.w
أَلا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلا وَهِيَ الْقَلْب - رواه البخاری و مسلم
Maksudnya
Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu maka baiklah jasad itu. Apabila rosak daging itu maka rosaklah jasad itu. Ketahuilah dia adalah **
HR : al Bukhari dan Muslim dari Nu´man bin Basyir
Apabila kita membaca AlQuran, kita sering berjumpa dengan kalimah قلب atau قلوب
Kalimah قَلب bermaksud Satu Jantung adapun maksud bagi kalimah قُلُوب adalah Jantung Jantung
Telah menjadi kebiasaan, kita menterjemahkan kalimah ini sebagai "hati"
BENARKAH ْقَلْب ITU HATI
Pada hakikatnya, kalimah ْقَلْب adalah bermaksud JANTUNG Bukannya Hati.
Ini berdasarkan kepada hujjah hujjah di bawah ini
💖 PERTAMA
Dalam bahasa Inggeris, kalimah قُلُوبِ diterjemahkan sebagai HEART dan HEART apabila diterjemahkan semula ke dalam Bahasa Malaysia bermaksud JANTUNG.
Maka kenapa pula kita mesti terjemahkan قلب itu sebagai Hati. Sedangkan HATI dalam bahasa Inggeris adalah LIVER.
💖 KEDUA
Dalam Al-Qur'an menyatakan قلب terletak di dada
💖 Firman Allah
فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ ﴿٤٦﴾ الحج
Maksudnya
Maka sesungguhnya tidaklah mata itu yang buta tetapi yang buta itu ialah ** di dada.
Surah alHajj ayat 46
Organ badan yang terletak di dada adalah Jantung bukannya hati. Adapun hati ianya berada di bawah dada.
💖 KETIGA
Hati dalam bahasa arab adalah کبدة berdasarkan hadith di bawah
💖 Sabda Rasulullah saw
أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ، فَأَمَّا المَيْتَتَانِ فَالْجَرَادُ والْحُوتُ، وَأَمَّا الدَّمَانِ فَالطِّحالُ وَالْكَبِدُ
Maksud Hadith
Dari Ibnu Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Telah dihalalkan bagi kita dua bangkai dan dua darah, adapun dua bangkai itu adalah belalang dan ikan, dan dua darah adalah limpa dan hati.
HR : Ahmad dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar
Seandainya کبدة adalah hati maka apakah jawapan yang paling tepat bagi kalimah قلب kalau Bukan JANTUNG.
PESANAN ALLAH BUAT KITA
💖 Firman Allah
إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْلٌ ﴿١٣﴾ وَمَا هُوَ بِالْهَزْلِ ﴿١٤﴾ الطارق
Maksudnya
Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus. Dan ia bukanlah kata-kata senda gurau.
Surah at Toriq ayat 13 dan 14
Dan ingatlah bahawa kata kata Allah adalah sebenar benar perkataan.
💖 Firman Allah
وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّـهِ قِيلًا ﴿١٢٢﴾ النساء
Maksudnya
Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?
Surah an Nisa´ ayat 122
Sebagai Hamba Allah, siapalah kita untuk menidakkan kata kata Allah ini.
Justeru itu, maka makna yang paling tepat bagi kalimah قلب adalah JANTUNG.
والله أعلم