بِــــــسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــمِ
SELAMAT DATANG DI BLOG IKKM BATAM - TERIMAKASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

PILIH MENU

.

Radio Online Minang Cimbuak                Radio Online Minang Cimbuak

Kamis, 07 April 2022

HIKMAH DISEBALIK MUSIBAH



KISAH RAJA DAN MENTERINYA : HIKMAH DISEBALIK MUSIBAH

Kisah benar di sebuah kerajaan islam di benua Afrika terdapat seorang Raja yang suka memburu. Beliau mempunyai seorang menteri yang sangat rapat dengannya. Setiap kali memburu, raja akan membawanya bersama. Menteri ini mempunyai kebiasaan yang mana jika mendengar sebarang musibah, beliau akan katakn 'al khair khiyaratullah' (ada kebaikan dan hikmah disebaliknya, pilihan Allah adalah terbaik). 

Pada suatu hari, Si Raja membuat sedikit persediaan dengan mengasah alatan memburu.. Tiba-tiba terpotong jarinya. Maka cacatlah ia akan satu jari itu. Sejurus itu, Raja dan menteri bersiap sedia untuk memburu. Dalam pada itu, si menteri kehairanan melihat keadaan jari Raja, lalu bertanyalah ia. Setelah Raja menceritakan keadaan sebenar. Si menteri mengatakan pasti ada kebaikan dan hikmah disebaliknya. Raja tiba-tiba menjadi murka setelah mendengar kata-kata si menteri. Lalu si Raja memecat si menteri. 

Si Raja masih gagah meneruskan pemburuan seorang diri sehingga hutan belantara diredah. Malangnya ditangkap oleh kaum asli kanibal (orang makan orang). Pada malamnya berkumpullah seluruh orang asli itu untuk melakukan upacara memakan si Raja. Kebiasaannya sebelum memasak manusia, tok batin iaitu ketua puak akan mengarahkan pegawai kesihatannya untuk memeriksa anggota manusia yang akan dimasak. Jika ada kecacatan, kepercayaan mereka bahawa manusia itu akan memberi kecelakaan kepada mereka. Si pegawai kesihatan melaksanakan tugasnya, dapati ia akan kecacatan jari pada si Raja. Maka takutlah seluruh orang asli. Segera dilepaskan kembali si Raja pulang. 

Setelah itu, baru si Raja sedar akan kata-kata si menteri. Pasti ada hikmah terputus jarinya. Si Raja pun terus mencari si menteri lalu menceritakan tentang kejadian dalam hutan. Lalu, si menteri pun berkata dia bersyukur dan mengatakan ada hikmah dia dipecat. Jika dia tidak dipecat, dia akan bersama raja memburu dan sama-sama ditangkap, pasti dia akan dimakan oleh orang asli kanibal sedang si Raja dibebaskan, kerana tiada kecacatan anggota pada si menteri itu. 

# Kisah ini membawa pengajaran yang besar buat kita bahawa apa saja musibah yang menimpa, kita hendaklah bersangka baik dengan Allah. Jangan sekali-kali bersangka buruk dengan-Nya. Allah yang Maha Perancang mempunyai pilihan terbaik untuk hamba-Nya. Disebalik setiap kejadian musibah dan malapetaka, pasti ada hikmahnya samada ianya difahami oleh manusia ataupun tidak.