kali tetapi mengapa hati tdk tenang juga?
”Zikrullah hakikatnya bukan sekadar
menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca”
kalimah zikir.
Zikir yg berkesan melibatkan tiga dimensi
Zikir yg berkesan melibatkan tiga dimensi
- Dimensi lidah (qauli),
- Dimensi hati (qalbi) dan
- Dimensi perlakuan (fikli).
Mari kita lihat lebih dkt bagaimana
ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.Katalah lidah kita mengucapkan
subhanallah ertinya Maha Suci Allah.Itu zikir qauli.Namun,pada masa yang sama
hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat,sifat dan af’al
(perbuatannya). Segala ilmu yg kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah
dirasai bukan hanya diketahui.Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat
kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yg berdosa bertaubat kepadaNya,Allah bukan sahaja
mengampunkannya,malah menghapuskan catatan dosa itu,bahkan menyayangi dan
memberi “hadiah”kepadanya.